Sorting by

×

PENJAWAT AWAM MELAKA BERSYUKUR TERIMA ‘DURIAN RUNTUH’

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

AYER KEROH 28 Disember – “Berbanding tahun sebelum, tahun ini penantiannya begitu mendebarkan tetapi berbaloi. Terima kasih Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri Melaka,” kata penjawat awam Negeri Melaka Siti Norliah Abd Kadir.

Siti Norliah, 41, antara 5,231 penjawat awam negeri yang bakal menerima dua Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM1,600 dan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Pengumuman, itu dibuat Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, semalam.

Img 20241228 192421 583
SITI NORLIAH

Menurut pembantu tadbir itu, meskipun pengumuman dibuat agak lewat berbanding tahun sebelum ini namun dia yakin bakal menerima khabar gembira daripada Kerajaan Negeri.

“Sudah pasti gembira dan bersyukur apabila mendengar pengumuman dibuat Ketua Menteri. Boleh katakan ini antara bonus yang agak tinggi.

“Senang kata, ‘durian runtuh’ untuk kami, selain dapat digunakan untuk membuat persiapan sekolah anak, bantuan ini akan digunakan juga untuk persediaan menyambut Ramadan.

“Malah ia juga sebagai motivasi khususnya kepada penjawat awam negeri untuk kami berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi,” katanya.

Img 20241228 192416 431
MUNA MUSFIRAH

Sementara itu, seorang lagi penjawat awam negeri Muna Musfirah Shaari, 42, berkata, pengumuman dibuat Ketua Menteri berhubung bantuan khas kewangan agak istimewa apabilanya ia diumumkan menerusi dua rangkap pantun.

“Walaupun agak lama menunggu tetapi kami yakin akan ada berita gembira dan sangat bersyukur dengan dua bantuan kewangan yang diberikan, terima kasih Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri.

“Ini antara bantuan kewangan yang baik dan dengan ini ia secara tidak langsung dapat membantu meringankan perbelanjaan dalam membuat persiapan persekolahan dan Aidilfitri nanti,” katanya.

Jelasnya, pemberian itu diharap dapat memotivasikan penjawat awam untuk terus komited bersama-sama kepimpinan Kerajaan Negeri demi pembangunan negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1647
Kongsi :
Previous post DUA BERADIK NAHAS KM204 MENANGIS DIMAKLUMKAN IBU BAPA SUDAH TIADA
Next post RENTAK BERTANDAK ‘HIDUPKAN’ MALAM MINGGU DI BANDA HILIR
Ubah saiz-+=