Sorting by

×

MELAKA APLIKASI AI DALAM PEMBANGUNAN BANDAR PINTAR

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

SERI NEGERI 27 Disember – Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) memainkan peranan penting dalam pembangunan bandar dan infrastruktur pintar, kata Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan.

Fairul Nizam berkata, berikutan itu Agenda Pembangunan Negeri Melaka menerusi Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ2035) menekankan inisiatif pintar dan pemerksaan data sebagai tunjang utama.

Mengulas lanjut, Fairul Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan berkata, pelaksanaan AI dalam sistem pengangkutan awam, pengurusan air dan tenaga dapat meningkatkan pengurusan sumber serta kecekapan infrastruktur bandar.

“Di bawah PSMJ2035, Kerajaan Negeri telah membangunkan dokumen Blueprint Melaka Pintar 2035 (SMB2035) yang berfungsi sebagai panduan bagi transformasi digital Melaka serta mengekalkan warisan budayanya yang unik dan ekonomik.

“Gabungkan pendigitalan, pentadbiran, perniagaan, penyelidikan, pembangunan serta pengkomersialan (RD&C) serta masyarakat di dalam ekosistem yang lengkap menjadikan kita berkembang lebih maju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Zahari Abd Kalil (BN-Durian Tunggal) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Menurut Fairul Nizam, Kerajaan Negeri juga pada tahun hadapan melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan melaksanakan ‘revisit’ terhadap dokumen SMB2035.

“Menerusi ‘revisit’ itu, elemen dasar dan strategi baharu dimasukkan ia bagi menyokong inisiatif pembangunan serta penggunaan AI di dalam pentadbiran, sosial selain ekonomi Kerjaan Negeri.

“Pembangunan dan adaptasi teknologi AI amat penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi Kerajaan Negeri, menambah baik pelbagai sektor sosioekonomi, meningkatkan keselamatan dan memastikan Negeri Melaka kekal berdaya saing dalam landskap global yang sedang berkembang pesat,” katanya.

Jelasnya, dengan dasar yang tepat dan sokongan berterusan, AI berpotensi untuk membawa perubahan yang signifikasi dalam pentadbiran, sosial dan ekonomi Negeri Melaka dan dapat dimanfaatkan di setiap sudut bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

244
Kongsi :
Previous post PENJAWAT AWAM MELAKA DAPAT DUA BANTUAN KHAS KEWANGAN
Next post MELAKA KEKALKAN INISIATIF BAJET LEBIHAN 2025