Sorting by

×

TMM2024 CATAT PENDAPATAN RM12.688 BILION, TARIK LEBIH 13 JUTA PELANCONG SETAKAT NOVEMBER

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

SERI NEGERI 27 Disember – Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) berjaya merekodkan keuntungan atau pendapatan sebanyak RM12.688 bilion menerusi kehadiran 13,584,043 pengunjung dan pelancong bagi tempoh Januari hingga November 2024.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman (BN-Telok Mas) berkata berlaku peningkatan seramai 6,115,813 orang atau 81.89 peratus pengunjung dan pelancong berbanding angka dicatatkan bagi tempoh masa yang sama tahun lalu.

Katanya, mengikut pecahan, daripada jumlah tersebut seramai 10,249,895 orang atau 75.46 peratus adalah pelancong domestik dan 3,334,147 orang atau 24.54 peratus adalah pelancong asing.

“Daripada jumlah tersebut, pelancong domestik didominasikan pelancong dari Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

“Manakala pelancong dari China, Singapura, Indonesia, Taiwan dan Vietnam merupakan pelancong asing teramai yang datang ke Melaka sepanjang TMM2024 ini.

“Keuntungan atau pendapatan diterima sebanyak RM12.688 bilion yang merangkumi purata perbelanjaan pelancong sebanyak RM544.66 seorang bagi sehari dan perbelanjaan pelancong ini merangkumi penginapan, pengangkutan, makan dan minum, insurans, membeli belah, hiburan selain lawatan yang diaturkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Adly Zahari (PH-Bukit Katil) mengenai penganjuran TMM2024 pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Seri Negeri di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

180
Kongsi :
Previous post 500 BELIA DILANTIK SUKARELAWAN TMM2024
Next post 185 ACARA PELANCONGAN WARNAI TMM2024
Ubah saiz-+=