Sorting by

×

Melaka mula dibanjiri pelancong

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BANDA HILIR 12 Dis. – Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan dan dibenarkan rentas negeri, Melaka kembali bernyawa apabila pelancong mula berkunjung ke negeri ini.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) mendapati rata-rata pelancong yang datang ke Melaka membawa keluarga masing-masing bagi memanfaatkan cuti di hujung minggu.

Pelancong, Nor Suzila Mohd Said, berkata kali ini dia mengambil peluang membawa anak-anak berjalan di sekitar Bandar Melaka.

“Walaupun memang dah biasa datang Melaka, namun kali ini kami ingin lihat apa produk pelancongan yang baharu.

“Datang ke Melaka memang tidak rugi, kawasan di sini bersih dan indah, tetapi sebagai rakyat prosedur operasi standard (SOP) tetap diamalkan,” katanya.

NOOR Harli

Manakala, Noor Harli Hadir dari Kedah memilih Melaka sebagai destinasi percutian bersama keluarga selama tiga hari.

“Saya sampai Melaka semalam, cuti tiga hari dekat sini, kali ni datang bawa dua keluarga sebab dah lama tak bercuti bersama.

“Melaka memang banyak tempat pelancongan, harga sewa homestay pun sangat berpatutan dan selesa,” katanya.

Sementara itu, peniaga Zainurin Zakaria meluahkan rasa syukur apabila pelanggan mula berkunjung kedainya.

“Bila boleh rentas negeri dan daerah perniagaan alhamdulillah dapatlah sikit-sikit berbanding PKPB haritu langsung tiada orang.

“Walaupun Melaka tamat PKPB, Zoo Melaka dah buka tapi masih tiada orang sebab pengunjung luar masih tak boleh rentas negeri.

“Syukur kebanyakan pelanggan yang datang hari ini semua dari Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya.

Views:

547
Kongsi :
Previous post JKM terima 91 permohonan Program Susu
Next post Agenda pembangunan belia diberi perhatian – Sulaiman
Ubah saiz-+=