Sorting by

×

DUA BERADIK BELUM TAHU LIMA KELUARGA TELAH TIADA

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

BUKIT PALAH 25 Disember – Dua beradik yang terselamat dalam nahas kemalangan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh Isnin lalu belum mengetahui berita kematian melibatkan lima keluarga mereka.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata berita itu tidak dimaklumkan bagi memastikan emosi dua kanak-kanak berkenaan, Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, Nur Sofea Humaira, 4, tidak terganggu.

“Kedua-duanya berada dalam keadaan stabil namun tidak diberitahu kerana tidak mahu emosi mereka terganggu.

“Selepas kedua-dua kanak-kanak itu selesai menjalani rawatan di hospital ini, kita akan rujuk kedua-dua kanak-kanak ini menjalani rawatan lanjut di Hospital Serdang bagi memudahkan urusan mereka yang berhampiran dengan kediaman mereka.

“Setakat ini, kedua-dua beradik itu dijaga oleh ahli keluarga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat kedua-dua mangsa di Hospital Melaka, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata mangsa kemalangan yang juga warga Singapura menzahirkan rasa terharu terhadap bantuan daripada pelbagai pihak daripada negeri ini.

“Saya nak sampaikan juga ucapan terima kasih daripada mangsa terlibat terutamanya warga Singapura yang berpuas hati dengan bantuan yang diberikan sepanjang insiden itu,”tambahnya.

Dalam nahas pada jam 8.45 malam Isnin lalu, tujuh maut manakala 33 yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas, dua buah lori dan dua buah kereta di kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dari Ayer Keroh menghala ke Simpang Ampat, Melaka.

Dalam kejadian itu, lima sekeluarga yang maut adalah Khairul Ikhwan Mazupi, 32 bersama isteri Fadzlenna Ramli, 32; Ramli Ab Wahab, 66, Fauziah Jaafar, 69, dan Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2.

Dua lagi yang maut ialah pemandu bas persiaran Noorisnien Khamid, 56 dan penumpang warga Singapura Lamrah Asid Ali, 66.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

411
Kongsi :
Previous post DUA BERADIK MANGSA KEMALANGAN KM204 JALANI PEMBEDAHAN
Next post POLIS RAKAM PERCAKAPAN PEMANDU LORI TANGKI TAYAR TERCABUT
Ubah saiz-+=