Sorting by

×

MELAKA MAHU PERKENAL LEBIH BANYAK TAPAK WARISAN BAHARU

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BANDA HILIR 25 Disember – Beberapa lokasi yang mempunyai kesan tinggalan sejarah dan warisan akan diangkat dan bakal diperkenalkan bersempena penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) tahun hadapan.

Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan berkata, di dalam kawasan Bandaraya Melaka yang disenaraikan sebagain Tapak Warisan Dunia UNESCO.

“Kita akan mendapatkan sebaik mungkin kawasan warisan yang diiktiraf UNESCO sebagai sebahagian daripada proses untuk mengangkat kepada tahap lebih tinggi dan sesuai dengan hasrat Kerajaan Persekutuan untuk meletakkan Melaka sebagai satu daripada destinasi pelancongan wajib di Malaysia.

“Banyak lagi tempat yang kita belum ‘discover’ serta perkemaskan lagi dari segi promosi secara terperinci dan kita dalam proses itu kita turut memfokuskan kepada titik baharu yang berada dalam kawasan Tapak Warisan Dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penutup Melaka Heritage Treasure Hunt 2024 yang turut dihadiri Pengurus Besar Melaka World Heritage Sdn. Bhd. Erne Hamsah, baru-baru ini.

Zaidi yang juga Timbalan Pengerusi Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) berkata, antara tinggalan warisan yang bakal diperkenalkan adalah perigi lama dikenali sebagai perigi wang kang yang terletak di Kampung Ketek, Jalan Tokong.

“Ini perkara-perkara yang kita akan beri perhatian dan kongsikan kepada pelancong. Jadi selain Kota A’ Famosa, Bukit Melaka dan Stadthuys pelancong dapat ke lokasi lain yang turut mempunyai warisan sejarah yang lain.

“Malah penganjuran aktiviti seperti ‘treasure hunt’ juga dilihat sebagai platform terbaik dalam mempromosi dan menguar-uarkan bukan sahaja tempat pelancongan tetapi kawasan mempunyai tinggalan warisan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

246
Kongsi :
Previous post ‘FLYING SIKH’ MASIH BERBISA DI USIA 63 TAHUN
Next post MASYARAKAT DI HATI MPAG
Ubah saiz-+=