Sorting by

×

SEKURANG-KURANGNYA 6 MAUT DALAM KEMALANGAN DI KILOMETER 204

Masa Membaca:56 Saat

ALOR GAJAH 23 Disember – Sekurang-kurangnya enam maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran, treler dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara dari Ayer Keroh menghala ke Simpang Ampat, malam tadi.

Mangsa yang maut adalah lima daripada sebuah MPV jenis Toyota Estima dan seorang lagi merupakan pemandu bas.

Komander Operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka Penguasa Kanan Bomba II Mohd Khairul Nizam Mohamad Anuar memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 8.45 malam tadi.

Katanya, seramai 27 anggota dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) telah digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 8.56 malam.

“Setibanya anggota ke lokasi mendapati, kemalangan itu membabitkan sebuah MPV jenis Toyota Estima, bas persiaran dan treler.

“MPV itu dinaiki lapan orang termasuk tiga kanak-kanak dan lima daripadanya telah meninggal dunia.

“Manakala bas persiaran terdapat 27 penumpang dan dua pemandu di mana seorang pemandu bas dilaporkan maut dan treler pula membabitkan dua mangsa,” katanya.

Beliau berkata, operasi mengeluarkan mangsa kemalangan masih diteruskan buat masa ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2745
Kongsi :
Previous post 12 KES TUNTUTAN LIBATKAN KONTRAKTOR RUMAH BABITKAN NILAI LEBIH RM200,000
Next post TRAGEDI KM204: 7 DISAHKAN MAUT, IDENTITI SEBAHAGIAN MANGSA DIKENAL PASTI
Ubah saiz-+=