Sorting by

×

PERLUAS INISIATIF ‘BASIC LIFE SUPPORT’ KE SEMUA PBT

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH 23 Disember – Inisiatif Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mewujudkan pasukan khas ‘Basic Life Support’ (BLS) bagi menangani kes-kes kecemasan dianggap sesuai untuk diperluaskan ke semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

Mengulas mengenai inisiatif itu, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kakitangan PBT khususnya mereka bertugas di bahagian penguatkuasaan perlu dilengkapkan dengan kemahiran bantuan kecemasan.

Ketua Menteri berkata, BLS adalah sejajar dan bakal memperkasakan lagi inisiatif Paramedik Komuniti (PARAKOM) yang telah diperkenalkan sebelum ini.

“Saya harap usaha ini dapat diperluaskan ke setiap PBT seperti Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ); Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

“Lebih molek sekiranya setiap PBT ini memiliki sebuah ambulans sendiri, sekali gus rakyat akan menikmati perkhidmatan bantuan kecemasan lebih sempurna daripada pegawai berkelayakan,” kata Ketua Menteri ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Perdana PBT Negeri Melaka 2024 di Dewan Taming Sari MBMB, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin; Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal negeri, Allex Seah Shoo Chin serta Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Yang turut hadir Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman, Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron, Yang Dipertua MPAG, Tpr. Saifuddin Abdul Karim dan Yang Dipertua MPJ, Mohd Shaiful Hizam Johan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

152
Kongsi :
Previous post LIMA AMANAT PENTING PERKASA PBT MELAKA
Next post INISIATIF ‘IDEAL’ MAMPU TARIK LEBIH RAMAI PELABUR KE MELAKA
Ubah saiz-+=