Sorting by

×

AKSI ‘MOTORCROSS’ PULA BAKAL GEGARKAN ASAHAN 2025

Masa Membaca:54 Saat

ASAHAN 22 Disember – Aktiviti sukan lasak ‘motorcross’ menggunakan laluan tanah merah ladang kelapa sawit sebagai litar bakal diajurkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan tahun hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata bagaimanapun pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak terlibat bagi penganjuran sukan lasak itu.

“Kita mengadakan perbincangan dan mendapatkan pandangan daripada anak-anak Felda Bukit Senggeh untuk anjurkan sukan motorcross tahun hadapan.

“Ia bukan sahaja memberi impak kepada anak-anak Felda Bukit Senggeh, malah seluruh belia DUN Asahan sendiri, Insya-Allah tahun hadapan Asahan bergegar lagi.

“Bagaimanapun kita akan berbincang dengan pihak teknikal dan kelab motorcross untuk mendengar dahulu bagaimana litar yang dikehendaki,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menyampaikan hadiah pertandingan Rally of Asahan 2024 di Kompleks Japerun Asahan, di sini, hari ini.

Katanya, sukan motorcross berkenaan akan menggunakan litar yang sama dengan Rally of Asahan 2024.

“Kita sudah bertanya kepada anak-anak di Felda Bukit Senggeh, ladang kelapa sawit ini memang sesuai untuk aksi sukan lasak motorcross tersebut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

172
Kongsi :
Previous post POLIS BERKAS EMPAT LELAKI DISYAKI TERLIBAT KEGIATAN SAMUN DI SERI ISKANDAR
Ubah saiz-+=