Sorting by

×

MIHF’24 MEDAN BANTU USAHAWAN TEMPATAN DAPAT SIJIL HALAL

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 22 Disember – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi MAIM Holdings Berhad mendekati dan membantu usahawan tempatan mendapatkan pensijilan halal menerusi Festival Halal Antarabangsa Melaka 2024 (MIHF’24).

Pengurus Besar MAIM Holdings Berhad, Zohaimie Mohamad Sori berkata, usaha itu dapat dilaksanakan menerusi penganjuran festival terbabit dengan pelbagai pengisian dan aktiviti turut dilaksanakan.

Katanya, MIHF’24 turut digunakan sebagai medan untuk memberi galakan kepada usahawan tempatan dalam mendapatkan sijil halal bagi produk mereka.

“Pada penganjuran MIHF’24 ini memang antara objektif kita untuk membantu usahawan tempatan mendapatkan sijil halal.

“Di pihak MAIM Holdings Berhad turut menyahut saranan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh untuk memberi tunjuk ajar kepada usahawan tempatan dan seterusnya memperkasakan sektor halal ini menerusi penglibatan lebih banyak agensi pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri International Modest Fashion Show sempena MIHF’24 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, semalam.

Img 20241221 Wa0037
ZOHAIMIE

Dalam pada itu, Zohaimie turut memaklumkan pihaknya menerima sambutan yang menggalakkan apabila kehadiran pengunjung mencecah lebih 15,000 pada hari pertama festival itu bermula.

Festival yang berlangsung sejak 20 hingga 22 Disember itu membawakan lebih 250 pempamer tempatan dan luar negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

134
Kongsi :
Previous post MELAKA TAWAR DIRI JADI TUAN RUMAH KEJOHANAN RALI ASIA PASIFIK
Next post LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONG KITA MERIAH
Ubah saiz-+=