Sorting by

×

INISIATIF PERJUANG NASIB OKU DI MELAKA TIADA TITIK NOKTAH

Masa Membaca:59 Saat

DURIAN TUNGGAL 21 Disember – Kerajaan Negeri sedia memberi sokongan penuh terhadap inisiatif menambah baik pemulihan intervensi awal kebajikan, keselamatan dan kemudahan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, usaha itu tidak boleh ada titik noktah dan perlu dipergiatkan secara berterusan.

Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan komited dalam pembangunan insan istimewa khususnya dalam Negeri Melaka.

“Kesedaran masyarakat terhadap golongan OKU di negeri ini masih rendah, mengikut statistik masih di bawah 50 peratus, jadi kita perlukan lebih banyak pendedahan, pengetahuan dan pendidikan bagi mengubah stigma masyarakat terhadap golongan ini.

“Kita bertindak sebagai kumpulan sokongan wajar untuk meningkatkan kesedaran terhadap golongan OKU,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap seterusnya menyempurnakan Kolokium OKU 2024: Antara Cabaran, Tekanan dan Distress Kanak-Kanak OKU dan Penjaga Sempena Sambutan Bulan OKU di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini hari ini.

Kolokium yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu dihadiri lebih 100 pengunjung.

Antara aktiviti yang diadakan adalah pemeriksaan kesihatan percuma selain beberapa slot ceramah, antaranya perkongsian daripada Pakar Pediatrik Putra Specialist Hospital Melaka, Dr. Adam Al-Anas serta ramai lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

174
Kongsi :
Previous post PRODUK DESA MELAKA PERLU TEROKA INDUSTRI HALAL
Next post SEKTOR HALAL LONJAK NAMA MELAKA DI PENTAS GLOBAL
Ubah saiz-+=