PENIAGA PAKAIAN DIREMAN BANTU SIASATAN KES CABUL
AYER KEROH 18 Disember – Peniaga pakaian warga Kemboja ditahan polis selepas didakwa mencabul seorang wanita yang juga pelanggannya dalam kejadian di sebuah premis pakaian di Masjid Tanah, pada Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi berkata, lelaki berusia 59 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.15 malam tadi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.
“Penahanan lelaki itu dibuat susulan satu laporan polis dibuat oleh seorang wanita berusia 27 tahun yang mendakwa dicabul sewaktu membeli pakaian di kedai lelaki terbabit kira-kira jam 3.30 petang.
“Ketika kejadian, wanita terbabit dikatakan ke premis berkenaan untuk membeli baju melayu sebelum didakwa dihimpit serta diusap kepala,” katanya.
Menurut Md Nazri, selain mangsa, pihaknya turut menerima laporan yang dibuat oleh peniaga itu yang menafikan kejadian.
“Laporan itu dibuat lelaki terbabit di Balai Polis Masjid Tanah pada hari kejadian selepas menyedari gambarnya tular di media sosial.
“Lelaki itu kini direman selama dua hari sehingga esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
AYER KEROH 18 Disember - Taman Bandaraya Bukit Serindit bakal menjadi lokasi tarikan terbaharu apabila akan berlangsungnya pesta lampu LED...
BACA, HAYATI DAN AMALKAN ISI AL-QURAN
AYER KEROH 18 Disember - Al-Quran sebagai panduan kepada seluruh umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar...
LALUAN BERLIKU, PANORAMA MEMUKAU JADI TARIKAN RALLY OF ASAHAN
ASAHAN 18 Disember - Rally Of Asahan yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini bukan sekadar sebuah perlumbaan kereta tetapi lebih...
SPRM REMAN WANITA BANTU SIASATAN KES RASUAH GELARAN DATUK SERI
MELAKA, 18 Dis - Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman enam hari bermula...
KEMBIRI KUCING DI DEWAN BUKIT BERUANG PADA 27 DISEMBER INI
AYER KEROH 18 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal menganjurkan Program Kembiri Kucing di Dewan Bukit Beruang...
MPAG MEMBUDAYAKAN AMALAN KITAR SEMULA
ALOR GAJAH 18 Disember - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus komited dalam memupuk budaya kitar semula di sekitar Alor...