
WARGA EMAS LEMAS KETIKA MEMASANG JARING
JOHOR BAHRU 17 Disember – Seorang warga emas ditemukan lemas ketika memasang jaring di sebuah kolam di Jalan Cendana 6, Taman Cendana di sini semalam.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang Pegawai Bomba Kanan I Sharol Suboh berkata mayat mangsa lelaki yang dikenali sebagai Soppigan Katimam, 63, itu ditemukan pada kedalaman kira-kira enam meter.
Beliau berkata sebanyak 10 anggota bersama sebuah unit jentera CFRT dan sebuah unit FRT dikejarkan ke lokasi selepas menerima maklumat mengenai insiden membabitkan lelaki berkenaan pada 6.33 petang.
“Anggota tiba di tempat kejadian yang jaraknya kira-kira tujuh kilometer dari balai bomba pada 6.40 petang dan operasi menyelamat segera dilakukan dengan menggunakan alat khas grappling iron.
“Mangsa akhirnya berjaya dijumpai pada jarak 20 kaki (enam meter) dari tebing kolam dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Operasi ditamatkan pada 7.28 malam. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB LAKSANA KERJA GANTIAN PAIP USANG DI SUNGAI UDANG
SERI NEGERI 29 April - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem retikulasi di Sungai Udang...
4 STRATEGI PACU MELAKA JADI NEGERI CONTOH
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri menggariskan empat strategi dalam memacu Melaka terus ke hadapan dan menjadi negeri contoh...
4,000 LAMPU SOLAR BAKAL TERANGI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi pemasangan 4,000 unit...
PEMERKASAAN EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT TUMPUAN SIDANG DUN MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas yang berlangsung 25, 28...
SISTEM MAKLUMAT HOSPITAL MELAKA DINAIK TARAF
SERI NEGERI 29 April - Sistem Maklumat Hospital (HIS) yang terletak bersebelahan projek pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka di...
DUA JAJARAN JALAN RAYA BAHARU DIRANCANG MPAG DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Dua jajaran jalan baharu dicadangkan untuk dibina dalam kawasan Durian Tunggal menerusi Rancangan Tempatan Majlis...