
WARGA EMAS RUGI RM704,000 DIPERDAYA PELABURAN TIDAK WUJUD
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata lelaki berusia 73 tahun itu mendakwa melihat iklan pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam tempoh singkat di aplikasi WhatsApp bulan lepas.
Beliau berkata mangsa yang tertarik dengan iklan itu, telah diarahkan suspek supaya memasukkan wang ke tiga akaun berbeza dengan lelaki itu telah membuat 10 transaksi berjumlah RM704,000 dalam tempoh 4 Nov hingga 5 Dis.
“Bagaimanapun, sehingga kini mangsa belum menerima sebarang keuntungan yang dijanjikan dan dia yang berasa tertipu telah membuat laporan polis 3 petang semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Wan Muhamad berkata kes disiasat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan dan orang ramai diingatkan merujuk Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
DATANG ‘OPEN HOUSE’ ASAHAN BAWA PULANG MOTOSIKAL
ASAHAN 12 April - Sebanyak empat buah motosikal sebagai hadiah cabutan bertuah menjadi antara tarikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan...
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan...
MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’
AYER KEROH 11 April - Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...
PENGANGGUR DISYAKI CABUL GADIS SEDANG BERSENAM
AYER KEROH 11 April - Seorang lelaki yang juga penganggur ditahan polis selepas dipercayai mencabul seorang gadis dalam kejadian di...
KERAJAAN PERPADUAN SEMAKIN MATANG, SELESAI MASALAH RAKYAT
BUKIT KATIL 11 April - Selepas tiga tahun, pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat...