JIPS MULAKAN SIASATAN BERKAITAN ANGGOTA POLIS TUNJUK ISYARAT LUCAH
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan dan menyeru wanita terbabit tampil membuat laporan bagi memudahkan siasatan lanjut dijalankan.
“Jika ada mangsa lain yang mengalami insiden sama turut diminta tampil dan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau memberi jaminan bahawa siasatan kes itu akan dijalankan dengan teliti dan telus.
Sebelum ini, tular hantaran menerusi media sosial oleh seorang wanita yang mendakwa seorang anggota polis menunjukkan isyarat lucah kepadanya ketika mengambil gambar dalam satu protes berkaitan hak asasi manusia di sini.
Wanita berkenaan turut mendakwa isyarat yang ditujukan kepadanya itu diulang beberapa kali oleh anggota polis terbabit bagi memastikan ia dapat dilihat. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA JEMPUT UITM SERTAI SUKARELAWAN WTD 2025
LENDU 16 Disember - Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menjemput Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka untuk menjadi...
GEMPA BUMI LEMAH LANDA RANAU
KOTA KINABALU 16 Disember - Gempa bumi lemah bermagnitud 2.8 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Ranau, pada 2.56 petang...
PERSARAAN, PERMULAAN FASA HIDUP BAHARU BEKAS PENJAWAT AWAM
BANDA HILIR 16 Disember - Persaraan adalah satu permulaan kepada fasa kehidupan baharu yang penuh cabaran, kata Ketua Menteri Datuk...
PENIAGA RUGI LEBIH RM50,000 TERPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD
KUALA TERENGGANU 16 Disember - Seorang peniaga kedai makan kerugian RM50,450 selepas ditipu skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi...
UNIMEL, 10 BRIGED PARA ANJUR KURSUS PRA PERKAHWINAN
KUALA LINGGI 16 Disember - Bukan sekadar melahirkan insan yang berilmu, Universiti Islam Melaka (UNIMEL) juga cakna berhubung aspek pembangunan...
ARAH KIBLAT TEPAT, SOLAT TENANG, JIWA TENTERAM
AYER KEROH 16 Disember - Solat adalah tiang agama bagi setiap individu Muslim, bukan sahaja perlu dikerjakan mengikut tertib dan...