Sorting by

×

MPHTJ TAWAR DISKAUN KOMPAUN HINGGA 70 PERATUS

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 16 Disember – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menawarkan diskaun kompaun sehingga 70 peratus bermula 15 Disember hingga 15 Januari 2025.

Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata, pengurangan kompaun berkenaan diberikan sempena ulang tahun MPHTJ ke-15 sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat menjelaskan kompaun mereka.

“Untuk makluman sebanyak 50 peratus pengurangan diberikan bagi kompaun Sistem Pengurusan Undang-Undang Kecil (SPUK), manakala sebanyak 70 peratus adalah kompaun Sistem Pengurusan Letak Kereta (SPLK).

“Kempen ini sudah bermula dan akan berakhir pertengahan Januari 2025 nanti. Kompaun boleh dibayar di semua kaunter MPHTJ termasuk di Aras G Melaka Mall, kaunter pandu lalu, kaunter Pusat Transformasi Bandar (UTC), kaunter van bergerak dan pembayaran melalui pasukan ‘task force’ kutipan tunggakan.

“Manakala pembayaran secara atas talian terkecuali daripada kempen pengurangan ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp Image 2024 12 16 At 10.39.15

Sapiah bagaimanapun memaklumkan terdapat beberapa kompaun yang tidak boleh diberikan pengurangan menerusi kempen berkenaan.

“Kompaun tersebut adalah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA), saman dan dalam tindakan mahkamah.

“Justeru, kita berharap orang ramai mengambil peluang membayar kompaun mereka kerana ini adalah insentif khas untuk mereka menikmati pengurangan jumlah bayaran kompaun yang dikenakan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

157
Kongsi :
Previous post MARI BERSAMA REALISASIKAN PEMBINAAN PENTAS SK PAYA RUMPUT
Next post LELAKI PANDU AXIA SECARA BERBAHAYA DITAHAN
Ubah saiz-+=