Sorting by

×

PGNM BERCADANG HIDUPKAN KEMBALI KEJOHANAN GOLF 750

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 15 Disember – Persatuan Golf Negeri Melaka (PGNM) merancang menghidupkan kembali acara golf Terbesar iaitu Pertandingan Golf 750 Melaka pada tahun hadapan.

Presiden PGNM, Shahrin Muharam mengharapkan kerjasama daripada Kerajaan Negeri untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Katanya, penganjuran pelbagai acara membabitkan golf akan merancakkan lagi sub sektor  pelancongan sukan Negeri Melaka.

“Kejohanan Golf 750 Melaka menjadi tumpu­an pemain amatur seluruh negara dan negara jiran akan dijenamakan semula selepas terhenti sejak empat tahun lalu.

“Melaka terus menjadi destinasi peminat golf semua negeri dan negara luar, kerana semasa pihak kami membuka pendaftaran sasaran penyertaan dapat dicapai dalam masa dua minggu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kejohanan Golf Piala Ketua Menteri Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad serta kenamaan lain.

Kejohanan golf itu telah menerima 500 penyertaan dan pertandingan berlangsung serentak di empat kelab golf seluruh negeri Melaka.

Empat kelab golf tersebut membabitkan Kelab Golf A’Famosa; Kelab Golf Orna; Kelab Golf Tiara dan Kelab Golf Ayer Keroh (AKCC).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

67
Kongsi :
Previous post MELAKA NIGHT LIFE: LEBIH 10,000 TERPUKAU AKSI ABANG POLIS
Next post PTHM TAWAR MOTOSIKAL ELEKTRIK TERMURAH
Ubah saiz-+=