
TH SANTUNI PENUNTUT UNIMEL
KUALA LINGGI 14 Disember – Pelbagai inisiatif dilaksanakan pihak pengurusan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) dalam usaha membantu meringankan beban penuntutnya khusus mereka daripada keluarga yang kurang berkemampuan.
Terbaharu menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook rasmi universiti itu, UNIMEL dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan program Sumbangan Dana Iqra Tabung Haji IPTS 2024.
“Seramai 355 penuntut UNIMEL mendapat manfaat menerusi inisiatif ini, mereka menerima sumbangan dalam bentuk wang saku, kupon makanan dan bayaran yuran tertunggak.
“Terima kasih kepada TH, keprihatinan menerusi sumbangan ini dapat meringankan beban penuntut, diharap inisiatif dilaksanakan akan menyuntik motivasi dalam kalangan mereka ini untuk fokus kepada pelajaran, seterusnya cemerlang dalam akademik,” kata kenyataan itu.
Terdahulu majlis berlangsung di Kampus UNIMEL di Kuala Sungai Baru, semalam, dihadiri Naib Canselornya, Prof Datuk Dr. Mohd Taib Dora dan Pengarah TH Negeri Melaka Hishamuddin Muhamad Sohaimi.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMEL, Zulkifli Abu Bakar, Ketua Pentadbiran dan Haji Negeri Melaka, Riwan Salim serta Pengurus TH Cawangan Masjid Tanah Nor Hani Azamuddin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...