Sorting by

×

SUMBANGAN BAWA SENYUMAN – KM

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

SERI BENDAHARA 13 Disember – Sumbangan dihulurkan Kerajaan Negeri, membawa senyuman dan bakal memeriahkan lagi sambutan Hari Natal buat 200 penganut Kristian di Melaka.

Sumbangan itu disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Krismas Peringkat Negeri Melaka 2024 di Seri Bendahara, di sini hari ini.

Ketua Menteri, berkata sumbangan yang disampaikan itu secara tidak langsung menterjemahkan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap penganut Kristian yang kurang bernasib baik.

Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa cakna, prihatin dan memberikan perhatian terhadap keluh serta rintihan rakyat Melaka.

“Berikutan itu Kerajaan Negeri sedaya upaya membantu meringankan beban rakyat tanpa mengira latar belakang atau perbezaan kaum. Justeru, bagi memastikan kesejahteraan rakyat, Kerajaan Negeri berbesar hati menyalurkan sumbangan perayaan Krismas sebanyak RM40,000 yang memberi manfaat kepada 200 penerima seluruh negeri ini.

“Kerajaan Negeri komited memastikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, itu adalah satu keutamaan,” kata Ketua Menteri ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Krismas 2024.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, KerajaanTempatan, Perubahan Iklim, Saliran dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin serta Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan

Turut hadir, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agam negeri, Datuk Rahmad Mariman, barisan Exco serta Timbalan Exco.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

129
Kongsi :
Previous post SYARIKAT ITALI KEDUA PILIH MELAKA SEBAGAI DESTINASI PELABURAN
Next post ANGKAT KEMAHIRAN BIDANG PEMBERSIHAN SEBAGAI CABANG TVET