Sorting by

×

NIKMATI DISKAUN 50 PERATUS SAMAN TRAFIK, 14 DISEMBER INI

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 12 Disember – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun 50 peratus saman trafik sempena program PDRM Bersama Kerajaan Negeri Melaka pada Sabtu ini.

Polis Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, tawaran itu diberikan selama sehari bermula dari jam 8.30 pagi hingga 9 malam, 14 Disember ini.

Menurut kenyataan tersebut, tawaran tersebut hanya sah dibuat di tapak program sahaja di mana pembayaran boleh dibuat secara tunai atau tanpa tunai.

Jelas Polis Melaka, diskaun itu diberikan untuk pelbagai jenis kesalahan kecuali membabitkan 10 jenis saman.

“Antara saman yang tidak layak mendapat diskaun adalah saman kemalangan, saman bicara mahkamah, saman Non Compaundable (NC), saman status Op Selamat dan saman berkaitan kenderaan berat.

“Selain itu, saman kesalahan potong secara bahaya/potong Q, saman kesalahan menggunakan lorong kecemasan, saman tidak patuh isyarat lampu merah, saman kesalahan memotong garisan berkembar dan saman ubah suai ekzos kenderaan juga tidak layak menikmati diskaun,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan tersebut Polis Melaka turut menasihatkan orang ramai untuk membuat semakan awal melalui portal dan aplikasi MyBayar PDRM bagi melancarkan proses pembayaran saman pada program tersebut.

Selain diskaun saman, program PDRM bersama Kerajaan Negeri Melaka turut menyediakan pelbagai pengisian menarik untuk orang ramai antaranya persembahan khas seperti pertunjukan CQB/K9, pertunjukan payung terjun, Brass Band, pertunjukan unit berkuda, pertunjukan motosikal trafik dan lain-lain lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

192
Kongsi :
Previous post MENGINSPIRASIKAN MASA DEPAN MELALUI PENDIDIKAN: JT INTERNATIONAL SCHOOL MELAKA MENCETUS PERUBAHAN
Next post PERUNTUKAN TAMBAHAN RM6 JUTA ATASI ISU BANJIR DI 5 DUN – KM
Ubah saiz-+=