
Penamatan bantuan JKM dibuat menepati kriteria
AYER KEROH 12 Dis. – Penamatan bantuan kewangan kepada penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibuat setelah melalui kajian semula kelayakan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan, Datuk Wira Latipah Omar (BN- Taboh Naning) berkata, setiap bantuan kepada kumpulan sasar itu perlu menepati kriteria semasa sama ada mereka masih layak atau tidak menerima bantuan lanjutan.
“Antara kriteria adalah penerima telah berpindah, mampu berdikari, anak sudah berusia 18 tahun dan sudah melepasi paras kemiskinan yang ditetapkan.
“Selain itu ada yang berlaku pertukaran skim bantuan dan ditempatkan di institusi JKM serta pertubuhan sukarela,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor) yang bertanyakan punca dan sebab penamatan bantuan kebajikan JKM pada sesi soal jawab lisan hari ketiga Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Seri Negeri, hari ini.
Views:
Related

Berita Lain
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...