Sorting by

×

KETUA MENTERI MAHU ADAKAN PERJUMPAAN BERSAMA WARGA PENDIDIK MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 9 Disember – Satu perjumpaan akan diadakan bersama semua warga pendidik bagi meningkatkan mutu pendidikan anak-anak di negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf.

Beliau berkata perjumpaan itu akan melibatkan seluruh warga pendidik dalam setiap Parlimen di negeri ini.

“Saya mahu pecahkan mengikut Parlimen berjumpa dengan semua pendidik, kita telah merancang pelbagai program untuk semarakkan lagi sektor pendidikan.

“Mungkin perjumpaan ini peluang untuk kita beramah-mesra bersama pendidik sekali gus meningkatkan mutu pendidikan anak-anak di Melaka dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi dan Kolokium Penyelidikan Pendidikan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah yang menjalankan tugas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Karim Tumin dan lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, menerusi ucapannya Ab Rauf berharap majlis apresiasi tersebut akan diadakan lagi dari semasa ke semasa.

“Semoga kolaborasi dan kerjasama semua warga pendidikan negeri Melaka berupaya membawa lebih banyak kecemerlangan buat negeri Melaka selepas ini.

“Saya mahu pesan kepada guru-guru khususnya para pengetua, guru besar dan ketua-ketua jabatan pendidikan agar sentiasa menyantuni para pelajar dan memotivasikan mereka tentang kemenjadian modal insan yang berguna ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

307
Kongsi :
Previous post FESTIVAL MASAKAN WARISAN TONJOL AKSI KAUM ADAM DI DAPUR
Next post BESAR MAKNA APRESIASI KETUA MENTERI KEPADA KELUARGA PEKERJA PEMBERSIHAN
Ubah saiz-+=