
Pembangunan Lesung Batu perlu mengikut syarat asas
AYER KEROH 12 Dis. – Kerajaan tidak bercadang untuk membina Klinik Kesihatan, Pusat Komuniti Desa dan stesen minyak di kawasan Lesung Batu di Daerah Alor Gajah.
Datuk Seri Utama Idris Haron (BN-Sungai Udang) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah, LuarĀ Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau Melaka berkata, pembinaan kemudahan sedemikian perlu bergantung kepada syarat-syarat asas yang telah digariskan kerajaan.
“Untuk maklumat, jarak antara Lesung Batu dan klinik kesihatan terhampir adalah radius tiga kilometer dan stesen minyak enam kilometer.
“Beberapa lagi syarat iaitu jumlah penduduk umpamanya sekarang anggaran sekitar 5,000 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian demikian pada sesi soalan lisan di hari ketiga Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Melaka ke-14, hari ini.
Idris menjawab soalan Datuk Ginie Siew Lin (PKR-Machap Jaya) mengenai perancangan terdekat kerajaan negeri untuk mewujudkan membina Klinik Kesihatan, Pusat Komuniti Desa dan stesen minyak di kawasan Lesung Batu di Daerah Alor Gajah memandangkan peningkatan kawasan perumahan dan populasi sejak lima tahun kebelakangan ini.
Views:
Related

Berita Lain
BAYI LELAKI LIMA BULAN MENINGGAL DUNIA DI BAWAH JAGAAN PENGASUH
ISKANDAR PUTERI 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan...
POLIS JOHOR TERIMA LAPORAN KES GADUH DI LALUAN MASUK BSI
JOHOR BAHRU 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan antara dua lelaki, seperti yang tular dalam...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN SAUDARA BAHARU
AYER KEROH 10 April - Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mualaf Negeri Melaka dijadualkan pada 19 April depan bakal menghimpunkan...
EJEN HARTANAH MENINGGAL DUNIA DALAM SUV
AYER KEROH 10 April - Seorang ejen hartanah ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 miliknya...
KES BULI MRSM: POLIS SELESAI REKOD KETERANGAN TUJUH PELAJAR
NIBONG TEBAL 10 April - Polis merekodkan keterangan dua lagi pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, bagi...
DUA MAUT, SEORANG PARAH DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI KUCHING
KUCHING 10 April - Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tun...