UNIMEL dalam proses penuhi kriteria

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH, 10 Dis. – Kerajaan negeri kini dalam proses memenuhi kriteria ditetapkan bagi merealisasikan hasrat pelaksanaan Universiti Melaka (UNIMEL).

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, selain kriteria yang ditetapkan, pelaksanaan universiti penuh UNIMEL melalui gabungan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dan Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi (MiCoST) perlu mendapat kelulusan akreditasi.

“Pelaksanaan baru diperingkat awal dan sedang dilakukan selain kita menunggu keputusan. Banyak kriteria saya ingat lebih daripada 10 untuk dipenuhi bagi menjadikan sesuatu kolej itu kepada universiti.

“Jadinya kita dalam proses memenuhi segala kriteria diperlukan untuk mengangkat KUIM dan MiCoST sebagai universiti penuh selain jangkaannya kita belum tahu bila,” katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media pada hari kedua Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14, hari ini.

Semalam, ketika membentangkan Belanjawan 2021 Negeri Melaka Sulaiman mengumumkan Melaka bakal mempunyai universiti penuh pertama milik rakyat dan kerajaan.

“Sebagai galakan, kerajaan negeri Melaka akan menyediakan insentif RM1 juta kepada anak Melaka untuk menyambung pengajian di KUIM seramai 700 pelajar dan 300 orang lagi di MiCOST dengan bantuan ‘one off’ RM1,000.

“Saya berharap, kita boleh menghantar anak-anak kita ke UNIMEL,” katanya.

Views:

1077
Kongsi :
Previous post ADUN pembangkang Melaka terima insentif RM60,000
Next post Pembangunan Lesung Batu perlu mengikut syarat asas
Ubah saiz-+=