Sorting by

×

UTEM TUAN RUMAH PERTANDINGAN MOTIVATOR MUDA ANTARA UNIVERSITI

Masa Membaca:1 Minit, 47 Saat

DURIAN TUNGGAL 7 Disember – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi dan Majlis Kaunseling Universiti Awam Malaysia (MAKUMA) telah berjaya menganjurkan Intervarsity Young Motivator Competition (I-MAC) 2024 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung dari 2 hingga 5 Disember 2024.

Program yang diadakan di kampus UTeM itu melibatkan seramai 40 pelajar dari 20 buah Universiti Awam Malaysia untuk melontar garapan idea sebagai motivator muda.

Pertandingan itu bertujuan untuk mencungkil potensi pelajar sebagai pemimpin inspirasi yang mampu memberi impak positif kepada komuniti.

Acara kemuncak menyaksikan Alif Qusyairi Abd Razak dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dinobatkan sebagai johan I-MAC 2024.

Naib johan pula dirangkul oleh Nor Adilah bChe Abdul Razak dari Universiti Putra Malaysia (UPM), manaka tempat ketiga Iffah Mawaddah Mohd Helme dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Selain itu, beberapa anugerah khas turut diberikan untuk menghargai bakat luar biasa peserta, antaranya Anugerah Motivator Ideal dimenangi Tengku Luqman Al Hakim (UTHM); Anugerah Zaaba, Miz Adlina Batrisyia Indra (UTM) dan Anugerah Motivator Versatile, Wan Nas Umairah Wan Mustafa (UPSI).

Nur Rasyiqah Unigkutti (USIM) pula merangkul Anugerah Motivator Kreatif; diikuti Anugerah Motivator Inovasi, Muhammad Faiz Md Fauzi (UPSI); Anugerah Motivator Inspirasi, Nur Alya Qistina Mohamad Noordin (UKM) serta Anugerah Motivator Harapan, Che Mohamad Haniff Che Kalid (UiTM).

Majlis Perasmian Penutup I-MAC 2024 telah disempurnakan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman.

Rahmad dalam ucapannya berharap pertandingan seperti itu dapat memupuk motivator muda yang mampu untuk memberi impak positif kepada pelajar-pelajar dan juga mampu menjadi ikon di kalangan mahasiswa di sesebuah universiti.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTeM, Profesor Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif, yang mewakili Naib Canselor UTeM, menyifatkan penganjuran I-MAC 2024 sebagai cerminan komitmen UTeM dalam melahirkan graduan berkualiti, bermotivasi tinggi, cemerlang akademik, memiliki bakat kepimpinan serta kemahiran insaniah.

“Kami teruja menjadi tuan rumah acara ini yang membawa impak besar kepada pemerkasaan mahasiswa Malaysia,” katanya.

Program selama empat hari itu telah dilaksanakan dengan jayanya melalui pimpinan Pengarah Program, iaitu pelajar UTeM Hanis Hamizah Rosli serta Penasihat Program, Muhamad Hazrul Md Esa.L

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

151
Kongsi :
Previous post BUKA PELUANG MURID KETENGAHKAN IDEA INOVASI
Next post HARGA BERAS IMPORT DARI INDIA BERJAYA DITURUNKAN HASIL RUNDINGAN BERSAMA – PM ANWAR
Ubah saiz-+=