Sorting by

×

ANAK YATIM, MISKIN BUKAN HALANGAN BURU KECEMERLANGAN AKADEMIK

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 6 Disember – Status anak yatim atau miskin, bukan penghalang bagi penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (RAYSAAS) untuk menggapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

Pengurus Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Mohd Hairulamin Mohd Sis berkata, kecemerlangan akademik anak-anak RAYSAAS umpama bekalan berguna untuk mereka dalam meneruskan kehidupan.

Mohd Hairulamin berkata, berikutan itu MAIM menganjurkan Anugerah Pelajar Cemerlang RAYSAAS bagi meraikan anak-anak yang meraih pencapaian membanggakan dalam bidang akademik.

“Tahun ini MAIM sekali lagi, meraikan penghuni RAYSAAS yang bertungkus-lumus dalam bidang pelajaran.

“Bukan hanya memberi penghargaan kepada penghuni yang cemerlang tetapi menyuntik semangat kepada rakan-rakan mereka yang lain. Kami mahu anak-anak RAYSAAS sentiasa berusaha memburu kecemerlangan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sambutan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang RAYSAAS yang berlangsung baru-baru ini disempurnakan oleh Pengerusi RAYSAAS, Datuk Wira Yaakub Md Amin.

Menurut Mohd Hairulamin, penghargaan dibahagikan kepada enam kategori yang antaranya Anugerah Akademik Terbaik, Anugerah Tokoh Sukan dan Anugerah Sahsiah Terbaik.

“Meskipun akademik menjadi keutamaan, namun MAIM kerap mengingatkan penghuni supaya turut menitikberatkan sahsiah diri, kedua-duanya perlu berjalan seiring,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

90
Kongsi :
Previous post MAJLIS APRESIASI PEKERJA PEMBERSIHAN 2024 JADI PLATFORM SUNTIK MOTIVASI
Next post PEKERJA PEMBERSIHAN MENANG KERETA, HAJAT MAHU BAWA ANAK MAKAN ANGIN TERMAKBUL
Ubah saiz-+=