Sorting by

×

PEJABAT JPJ MASJID TANAH MUDAHKAN LEBIH 200,000 PENDUDUK

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

LENDU 6 Disember – Operasi Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Masjid Tanah memberikan manfaat kepada 205,000 penduduk daerah Alor Gajah dan sekitarnya.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pembukaan Pejabat JPJ Cawangan Masjid Tanah itu juga akan menjimatkan masa berurusan dan kos perjalanan orang ramai.

Katanya, cawangan baharu yang mula beroperasi 3 Disember lalu adalah antara inisiatif memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan agar lebih berkualiti dan efisien melangkauai harapan rakyat.

“Jika sebelum ini penduduk sekitar daerah Alor Gajah terpaksa menempuh perjalanan sejauh 37.5 kilometer (km) untuk ke Pejabat JPJ negeri di Bukit Katil, atau 45 km untuk ke Pejabat JPJ Cawangan Jasin.

“Tetapi sekarang mereka tidak perlu pergi jauh, jadi dapat jimatkan masa perjalanan dan kos,” kata Ketua Menteri pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat JPJ Cawangan Masjid Tanah di Bangunan Lembaga Tabung Haji, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Ke-12 merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad serta Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Whatsapp Image 2024 12 06 At 12.28.52 Pm (1)
AB Rauf ketika menerima lesen memandu kenderaan pada Majlis Perasmian Pembukaan JPJ Cawangan Masjid Tanah.

Turut hadir Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem; Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli serta Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff.

Pada majlis tersebut, Ab Rauf turut mengagihkan topi keledar percuma kepada kira-kira 200 penerima dalam kalangan penduduk sekitar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

932
Kongsi :
Previous post ‘GENG RXZ MULA SERBU MELAKA’
Next post PARKLAND AVENUE BY THE SEA PROJEK PEMBANGUNAN BERIMPAK TINGGI
Ubah saiz-+=