
CALON SPM SMK DANG ANUM MAUT DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH
MERLIMAU 4 Disember – Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan di Jalan Kilang Berapi, Merlimau, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, mangsa Adib Irfan Mohd Nizam, 17, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati, mangsa sedang dalam perjalanan dari Umbai menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum untuk menduduki ujian bertutur SPM.
Menurutnya, ketika melalui lokasi kejadian motosikal jenis Yamaha LC135 yang ditunggang mangsa dipercayai terbabas melanggar tembok batu bahu jalan di Jalan Usaha 4 Kilang Berapi.
“Siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal terbabas dan tidak melibatkan lain-lain kenderaan.
“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk menjalankan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA ANJUR BACAAN YASIN, TAHLIL UNTUK ALLAHYARHAM TUN ABDULLAH
KLEBANG 15 April - Kerajaan Negeri menganjurkan majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal...
DENTUMAN ‘MANTERA’ MANA LAGI, MELAKA LER
SERI NEGERI 15 April - Tahun Melawat Melaka (TMM) yang bermula pada 2024 yang lalu telah menyaksikan sektor pelancongan Melaka...
WRUR: KAEDAH BAHARU MERAKYATKAN PENTADBIRAN MELAKA
SERI NEGERI 15 April - Dalam mengharmonikan masyarakat dan menyantuni denyut nadi rakyat, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri...
‘KUASA’ KEBERANIAN, IDEA DI LUAR KOTAK AB RAUF YUSOH
SERI NEGERI 15 April - Tanggal 31 Mac 2025, genap dua tahun Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh diberi amanah...
PIDATO RUKUN NEGARA PIALA TYT MELAKA SASAR LEBIH 4,000 PENYERTAAN
SERI NEGERI 15 April - Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka...
WARGA EMAS MAUT DILANGGAR KERETA KETIKA LINTAS JALAN
BUKIT KATIL 15 April - Warga emas maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Penghulu Jaabar, di...