Pelan atasi banjir di Alor Gajah
AYER KEROH 10 Dis. – Masalah banjir di daerah Alor Gajah sedang diatasi melalui beberapa pelan jangka pendek dan panjang yang telah bermula sejak November lalu.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, bagi pelan mitigasi jangka pendek, kerja-kerja penggalian sungai, parit dan saliran telah siap dilaksanakan sejak November lalu.
Pihak jabatan (Jabatan Pengairan dan Saliran) juga katanya dalam proses pengambilan tanah bagi menaik taraf parit hingga ke pertemuan Sungai Melaka.
“Selain itu juga jabatan telah memohon (dalam) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk projek rancangan tebatan banjir (RTB) Alor Gajah Fasa Ke-2.
“Jadi ini kalau dapat kita selesaikan insya-Allah permasalahan banjir akan dapat diatasi.
Ini termasuklah untuk naikkan ban di kawasan terbabit sepanjang lima kilometer,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Belanjawan Melaka 2021, pada hari kedua Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Melaka ke-14, di sini hari ini.
Views:
Related
Berita Lain
BAJET 2025 MELAKA CAKNA PENUNTUT IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Rata-rata mahasiswa di negeri ini menyifatkan Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentang Ketua Menteri Datuk...
W.R.U.R AKHIRI PENANTIAN DUA DEKAD SK KAMPONG TENGAH
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.UR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
W.R.U.R MEDAN PERKASA USAHAWAN
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menjadi medan buat Kerajaan Negeri memperkasakan usahawan perusahaan mikro,...
PERKHIDMATAN 80 PEGAWAI SYARAK DI MASJID TANAH DISAMBUNG
KUALA LINGGI 14 Januari - Seramai 80 pegawai syarak di Parlimen Masjid Tanah menerima surat penyambungan tugas bersempena Program Wakil...
MELAKA BINA 323 RUMAH MESRA RAKYAT TAHUN INI
BANDARAYA MELAKA 14 Januari - Sebanyak 323 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina di setiap daerah dalam Negeri Melaka...
MELAKA ADAKAN JELAJAH ‘TOWN HALL’ DI SETIAP IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengadakan jelajah 'town hall' di setiap institusi pengajian tinggi (IPT) di...