SUNTIKAN SEMANGAT UNTUK USAHAWAN MUDA MELAKA
LENDU 28 November – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir merasmikan Forum Usahawan Muda Malaysia Madani di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Alor Gajah, di sini, hari ini.
Program anjuran World Youth Foundation itu membabitkan seramai 1,200 pelajar dan usahawan-usahawan berjaya Negeri Melaka bagi memberi perkongsian dalam melahirkan usahawan muda yang kompetitif di negeri ini.
Pengerusi World Youth Foundation, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, forum tersebut juga bertujuan membuka ruang diskusi, perkongsian idea dan pengetahuan dalam membangunkan ekosistem keusahawanan yang lebih dinamik, mampan dan berdaya saing.
Pada masa sama, ujarnya, forum itu juga boleh menjadi medan terbaik untuk mendapatkan pencerahan, bertukar pandangan dan memperkukuh semangat dalam menghadapi cabaran masa kini.
“Usahawan masa kini perlu menangani cabaran perniagaan yang semakin kompleks dalam era globalisasi dan transformasi digital.
“Saya harap forum ini menjadi satu titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih kukuh serta idea-idea baharu yang boleh diaplikasikan dalam perniagaan masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Forum Usahawan Muda Malaysia Madani 2024 di UiTM Kampus Alor Gajah di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia, Rizal Nainy; ; Rektor UiTM Melaka, Prof. Datuk Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini dan kenamaan lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.