KES HILANG MYKAD LEBIH TIGA KALI DI MELAKA MENINGKAT

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 27 November – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Melaka merekodkan sebanyak 370 kes kehilangan kad pengenalan MyKad tiga kali dan lebih sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini.

Pengarah JPN Melaka Norazle Sulaiman berkata, angka itu sekali gus menunjukkan peningkatan berbanding tempoh sama pada tahun lalu dengan 318 kes.

Katanya, perkara ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pemilik MyKad supaya tidak lalai atau cuai dalam menjaga kad pengenalan sendiri.

“Untuk kehilangan kad pengenalan kali pertama perlu membayar Rm100; kali kedua hilang perlu membayar RM300 serta kali ketiga dan keatas perlu membayar RM1,000.

“Hal ini kerana pihak JPN Melaka pernah merekodkan individu yang membuat kad pengenalan baharu sehingga 17 kali, namun perkara itu agak terpencil.

“Yang mendukacita apabila mereka yang hilang MyKad kali ketiga dan lebih ini sering memberi alasan cuai, hilang dan tercicir,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Hari Bertemu Pelanggan Bil 11/2024 Sempena Hari Terbuka Bersama Media 2024 di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di sini, hari ini.

Menurut Norazle, selain kehilangan MyKad, JPN Melaka turut mahu memberi penekanan kepada ibu bapa agar cakna untuk menukar kad pengenalan anak-anak mereka kepada MyKad selepas mencecah usia 12 tahun.

Jelasnya, usia paling lewat dibenarkan untuk menukar kad pengenalan kanak-kanak kepada MyKad adalah pada usia 16 tahun dan jika lewat akan dikenakan denda.

“Denda akan diberikan juga kepada kes melibatkan kad pengenalan prospek berusia 18 tahun untuk penukaran baharu MyKad sehingga usia 25 tahun sahaja, jika lebih daripada itu, akan dikenakan denda,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

52
Kongsi :
Previous post KUTIPAN ZAKAT PERNIAGAAN DI MELAKA MENINGKAT
Next post MPHTJ RANGKUL ANUGERAH GREEN APPLE ENVIRONMENT AWARD 2024
Ubah saiz-+=