BAZAR AIDILFITRI JALAN HANG TUAH ‘PINDAH’ KE BAZAR IKONIK BANDA HILIR

Masa Membaca:45 Saat

AYER KEROH 27 November – Bazar Ramadan ikonik di Banda Hilir yang bakal menjadi satu lagi produk pelancongan baharu Melaka mampu menempatkan sehingga 300 peniaga dalam satu masa.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata, bazar Ramadan itu akan membabitkan lokasi sepanjang laluan Tugu Peringatan Kemerdekaan sehingga ke tapak bangunan lama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Katanya, bazar ikonik itu merupakan bazar Ramadan dan Aidilfitri yang sebelum ini lokasinya di Jalan Hang Tuah.

“Permohonan menganjurkan bazar Ramadan tahun 2025 untuk kawasan pentadbiran MBMB akan ditutup pada 15 Disember depan, selepas itu baharu akan dibincangkan lebih lanjut berapa banyak tapak yang akan dibuka serta perkara lain.

“Pada tahun hadapan, tiada bazar Aidilfitri dibuka di Jalan Hang Tuah dan pemilihan lokasi bazar ikonik di lokasi baharu lebih sesuai berbanding yang sebelum ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1240
Kongsi :
Previous post TIGA NELAYAN NYARIS LEMAS BOT TERBALIK DI PANTAI BACHOK
Next post ‘LEBIH YAKIN UNTUK AMBIL GAMBAR, VIDEO SENDIRI’
Ubah saiz-+=