Sorting by

×

WARGA EMAS JUARA KEMBARA PANCING MELAKA, BAWA PULANG RM15,000

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

KLEBANG 25 November – Otai masih berbisa. Itu gelaran yang layak diberikan kepada Yusrizal Nurun, 65, apabila muncul johan pada pertandingan Kembara Pancing Melaka 2024 di Tambak Klebang, di sini, semalam.

Yusrizal berjaya mendaratkan ikan pari seberat 2.155 kilogram (kg) sekali gus muncul ikan terberat dalam pertandingan yang berlangsung bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari itu.

Kejayaan itu sekali gus melayakkan pemancing yang berasal dari Johor itu membawa pulang wang tunai RM15,000.

Tempat kedua pula menjadi milik Muhammad Haraki Hasan, 30, yang mendaratkan ikan daun baru seberat 0.840kg dan tempat ketiga dimenangi Basri Mohammad, 36, juga dengan tangkapan daun baru 0.605kg.

Kedua-dua mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan RM1,000.

Whatsapp Image 2024 11 24 At 15.14.31
KEMERIAHAN suasana Kembara Pancing Melaka di Tambak Klebang.

Kembara Pancing Melaka di Tambak Klebang merupakan edisi kedua dianjurkan Joran Unggul Event Management dan disokong oleh Tourism Malaysia selepas edisi pertama diadakan di Pantai Puteri, Ogos lalu.

Pertandingan memancing itu merupakan sebahagian inisiatif menyokong usaha Tourism Malaysia menggalakkan sektor pelancongan dalam negeri menerusi tema Cuti-Cuti Malaysia – melanconglah dalam negara.

Dianggarkan 700 pemancing dari seluruh negara berkampung di Melaka bagi menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai hampir RM40,000 itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2539
Kongsi :
Previous post KKBBM JAGA KEBERSIHAN TAMAN LAUT MELAKA
Next post GURU DIKHUATIRI LEMAS: OPERASI SAR BERSAMBUNG
Ubah saiz-+=