Sorting by

×

JOM DATANG ‘MACHAP WALK’ SETIAP HUJUNG MINGGU

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

ALOR GAJAH 25 November – Machap Walk kembali beroperasi setiap hari Jumaat hingga Ahad bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk beriadah bersama keluarga dalam suasana kampung.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata bagaimanapun pihaknya dalam usaha untuk menambah baik kawasan tersebut dengan aspek pencahayaan agar lebih menarik.

“Kita sudah minta Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) untuk menambah baik aspek pencahayaan di kawasan Machap Walk ini supaya ia nampak lebih ceria dan menarik.

“Pembukaan semula Machap Walk ini dapat merancakkan ekonomi para peniaga selain memberi peluang kepada orang ramai merasai suasana seperti berada di kampung,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya berkata, pembukaan semula Machap Walk adalah atas permintaan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Machap Baru.

Img 20241124 124140 650
HEE Sem bersama orang ramai yang datang ke Machap Walk, Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Hee Sem mempelawa orang ramai khususnya penduduk di Melaka untuk berkunjung ke Machap Walk bermula jam enam petang sehingga lewat malam.

“Saya yakin Machap Walk mampu menjadi salah satu produk pelancongan yang terletak dalam kawasan kampung dan sudah tentu suasananya lebih menarik.

“Selepas ini kita cuba menambah baik fasiliti di kawasan ini untuk kemudahan orang ramai yang datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

944
Kongsi :
Previous post PROJEK INOVASI MPJ MUDAHKAN OKU, KERJA TURAPAN JALAN
Next post KKBBM JAGA KEBERSIHAN TAMAN LAUT MELAKA
Ubah saiz-+=