PERTANDINGAN TIKTOK CHALLENGE ‘MANA LAGI MELAKALER’ DILANJUTKAN

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 23 November – Tempoh pertandingan TikTok Challenge ‘Mana Lagi Melakaler’ dilanjutkan sehingga 25 Disember depan.

Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, penukaran tarikh baharu itu kepada 25 Disember berbanding 15 Disember adalah untuk menarik lebih banyak penyertaan.

“Selain itu juga, keputusan untuk dianjakkan tarikh tutup penyertaan kepada tarikh baru disebabkan dalam tempoh itu terdapat beberapa program besar yang akan berlangsung di Melaka.

“Antara program itu adalah Larian Budaya ‘Antarabangsa’ Duyong Kita, RXZ Members Ride Edition Melaka Chapter dan Karnival KPDN jadi kita mahu masukkan sekali acara ini sebagai tarikan dalam pertandingan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mohd Noor Helmy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong berkata, menerusi mesyuarat penyelarasan penyertaan yang diadakan juga telah memutuskan untuk setiap agensi dan anak syarikat Kerajaan Negeri supaya mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

“Menerusi pertandingan ini, agensi dan anak syarikat boleh hasilkan video berkaitan agensi mereka termasuk mempromosikan perkhidmatan dan aset yang mereka ada.

“Selain mahukan setiap agensi dan anak syarikat memberi komitmen dalam pertandingan ini mereka juga bukan sahaja dapat buat video untuk syarikat mereka tetapi turut menyertai pertandingan,” katanya.

Tambah beliau lagi, menerusi pertandingan itu juga, agensi berkaitan dapat menghasilkan video atau memaparkan kisah yang tidak yang jarang didendang.

“Antaranya seperti kisah usahawan Melayu yang mengusahakan pembuatan kuih tradisi masyarakat Cina iaitu kuih chang sejak lebih 40 tahun lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

67
Kongsi :
Previous post AUTISME: KENA CEPAT BERTINDAK!
Next post LANDASAN MONOREL MELAKA BAKAL BERUBAH WAJAH
Ubah saiz-+=