Sorting by

×

‘AH SEM’ MAHU BINA TIGA MASJID

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

AYER KEROH 23 November – Bagi memastikan umat Islam dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya dapat menunaikan solat dalam keadaan lebih selesa, tiga masjid baharu sedang dan akan dibina di kawasan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya Datuk Ngwe Hee Sem berkata, pembinaan itu menjadi antara misi dan janji yang mahu ditunaikannya selepas tiga tahun bergelar wakil rakyat di DUN Machap Jaya.

Beliau yang juga Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri memaklumkan, setakat ini sebuah masjid baharu di Lesong Batu sedang dibina dan akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

“Ini adalah permintaan penduduk dan ia terkandung dalam manifesto saya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, kita dapat kelulusan membina masjid ini dengan peruntukan sejumlah RM7.2 juta.

“Pada Mei lalu pihak kontraktor sudah turun padang dan kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan, namun saya akan pantau dari semasa ke semasa bagi memastikan pembinaan masjid ini berjalan lancar.

“Pada masa sama saya juga sudah memohon dua lagi masjid baharu dibina di kawasan Melaka Pindah dan Tebong untuk kemudahan penduduk di DUN ini,” katanya ketika bersiaran di Podcast ‘Mana Lagi, Melaka Ler’ di Studio Melaka TV.

Hee Sem yang mesra dengan panggilan ‘Ah Sem’ berharap permohonan bagi membina dua lagi lagi masjid baharu itu dapat direalisasikan bagi memberi lebih keselesaan kepada umat Islam di kawasan tersebut.

“Penduduk di kawasan ini semakin bertambah, ada yang terpaksa solat Jumaat di Melaka Pindah, jadi kalau ada lebih banyak masjid dibina selepas ini ia akan jadi lebih mudah,” katanya.

**Tonton video penuh di:

https://www.facebook.com/share/v/1888eQbw8R/

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

125
Kongsi :
Previous post KEJADIAN RAGUT BUKAN DI KRUBONG JAYA
Next post SWM SASAR 10 PUSAT PANDU LALU KITAR SEMULA DIBUKA DI MELAKA
Ubah saiz-+=