CABUTAN KERETA, MOTOSIKAL PADA MAJLIS APRESIASI PEKERJA PEMBERSIHAN

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 21 November – Bukan sahaja diraikan bagi menghargai setiap titik peluh ditumpahkan dalam memastikan negeri ini kekal bersih dan kemas, terutama sepanjang 12 bulan kempen Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) berlangsung.

Lebih istimewa, 4,000 pekerja pembersihan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah menawarkan sebuah kereta, tiga motosikal selain 1,800 pelbagai jenis barangan elektrik pada Majlis Makan Malam Apresiasi Pekerja Pembersihan Negeri Melaka bakal diadakan di Pusat Dagangan Antarbangsa Melaka (MITC), pada 8 Disember ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, majlis anjuran MBMB itu adalah khusus bagi meraikan pekerja pembersihkan menjadi ‘wira tidak didendang’ terutama sepanjang kempen TMM2024.

Katanya, pekerja pembersihan adalah antara tulang belakang yang memastikan Negeri Melaka sentiasa bersih, sepanjang kempen TMM2024. Mereka ini (pekerja pembersihan) dijemput khusus oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, untuk diraikan bagi menghargai jasa mereka.

“Kita harap majlis penghargaan ini dapat meningkatkan semangat dan memberikan motovasi kepada wira-wira pembersihan yang tidak jemu menjaga kebersihan seluruh Negeri Melaka bukan sahaja sepanjang TMM2024 tetapi sepanjang masa,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Shadan berkata, mereka bakal diraikan ini membabitkan pekerja pembersihan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Selia Selenggara, Perbadanan Ketua Menteri (CMI), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) dan lain-lain lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

266
Kongsi :
Previous post TANDAS BERSIH, CERMINAN KEMUDAHAN AWAM BERKUALITI – KM
Next post 1,000 ANAK-ANAK ISTIMEWA MERIAHKAN SUKAN OKU MASJID TANAH
Ubah saiz-+=