TANDAS BERSIH, CERMINAN KEMUDAHAN AWAM BERKUALITI – KM

Masa Membaca:1 Minit, 50 Saat

AYER KEROH 21 November – Kejayaan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) merangkul pengiktirafan Toilet Of The Year Award 2024 (TOTYA’24) Kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), mendapat perhatian Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau, turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron dan seluruh warga kerja PBT itu atas kejayaan yang diraih.

Ab Rauf, berharap pencapaian diraih MPHTJ diambil sebagai satu cabaran dan motivasi buat warga kerja Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) untuk sama-sama mempertingkatkan kebersihan, kemudahan serta kualiti tandas awam dalam kawasan pentadbiran masing-masing.

Whatsapp Image 2024 11 15 At 3.00.37 Pm
SAPIAH (tiga dari kiri) menerima pengiktirafan Toilet of The Year Award 2024 (TOTYA’24) kategori PBT yang disampaikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (empat dari kanan).

“Sebagai negeri tumpuan pelancong, tandas awam adalah perkara asas dan harus diberikan tumpuan paling utama untuk menggamit keselesaan serta memberikan persepsi positif masyarakat berhubung kualiti kemudahan awam.

“Saya mahukan semua tandas awam di Melaka benar-benar selesa dan bersih untuk dikunjungi. Sesuai dengan sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dan persediaan Melaka sendiri sebagai tuan rumah bagi sambutan World Tourism Day (WTD) 2025 dan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) 2025 tahun depan, biarlah kualiti tandas kita benar-benar bertaraf dunia. Mana Lagi? Melaka Ler…,” kata Ketua Menteri.

6291762227329482924
KEBERSIHAN dalam tandas diberikan keutamaan oleh MPHTJ. Foto Iqmal Haqim Rosman

MPHTJ merangkul pengiktirafan TOTYA’24 bagi Kategori PBT menerusi Tandas Awam MITC bertaraf lima bintang yang turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan orang ramai.

Atas kejayaan itu, MPHTJ membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta sijil dan trofi disampaikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dalam majlis berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, 14 November lalu.

Sementara itu Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata, pihaknya sentiasa menambah baik kemudahan tandas-tandas awam dalam kawasan pentadbirannya bagi keselesaan orang ramai.

6291762227329482926 (1)
RUANG dalaman tandas yang bersih dan kemas. Foto Iqmal Haqim Rosman

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

55
Kongsi :
Previous post 30 SEKOLAH DI MELAKA SAHUT CABARAN KITAR SEMULA
Next post CABUTAN KERETA, MOTOSIKAL PADA MAJLIS APRESIASI PEKERJA PEMBERSIHAN
Ubah saiz-+=