
30 SEKOLAH DI MELAKA SAHUT CABARAN KITAR SEMULA
BANDARAYA MELAKA 21 November – Sebanyak 30 buah sekolah rendah di negeri ini bakal menyahut cabaran dalam pertandingan kitar semula anjuran PETRONAS dengan kerjasama SWM Environment Sdn Bhd.
Pertandingan PETRONAS Menyemai Masa Hadapan: Hero Hijau itu telah berlangsung bermula 18 November dan berakhir pada 19 Disember depan.
Ia membabitkan sebanyak tiga kategori iaitu Pengumpulan Barangan Kitar Semula, Inovasi Kitar Semula dan Penulisan Esei.
Pertandingan itu diadakan bertujuan mempromosikan kesedaran kelestarian alam menerusi amalan kitar semula, selain mendidik masyarakat khususnya generasi muda terhadap impak amalan kitar semula.
Terdahulu, satu sesi taklimat telah diadakan di sebuah hotel di Bandaraya Melaka yang disertai wakil guru-guru sekolah yang bertanding.
Sesi taklimat itu turut dihadiri Pengurus, Perlaksanaan Program PETRONAS Wilayah Selatan Mohd Sulaini Wahid; Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin dan Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Mohd Elyia Hauzar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
