Sorting by

×

Caj warisan untuk baik pulih prasarana

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH, 10 DIS – Hasil kutipan Tabung Amanah Caj Warisan yang diperoleh akan digunakan kerajaan negeri bagi melakukan kerja baik pulih prasarana warisan termasuk menyalurkan kepada individu yang terjejas susulan pandemik COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, apabila berlakunya COVID-19, hasil kutipan itu digunakan untuk tujuan tertentu bagi membantu rakyat yang terjejas.

“Ada juga persatuan hotel dan sebagainya minta kita gunakan (hasil tabung) dan saya rasa bukan kaedah yang baik kerana tumpuan kerajaan adalah pada individu atau rakyat yang terjejas secara langsung.

“Malah kita sudah gunakan bagi bantuan COVID-19 antara lain, baru- baru ini kira- kira 270 pengayuh beca sudah diberikan bantuan berbentuk wang ringgit dan makanan yang mana kita menggunakan Tabung Amana Caj Warisan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media, hari kedua Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Melaka 14, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, dijangkakan menjelang awal tahun depan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan mula menyalurkan kutipan Tabung Amanah Caj Warisan yang dipungut ke Melaka Heritage Sdn Bhd dalam menjaga bangunan warisan di negeri ini sekaligus membantu sektor pelancongan.

“Melaka Heritage dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman sudah dihidupkan semula dengan struktur lebih terperinci dan saya juga berterima kasih kepada Datuk Bandar MBMB yang mengorak langkah merealisasikan objektif penubuhannya.

“Penubuhannya adalah untuk menyelenggara, memperbaiki dan mengekalkan bangunan- bangunan warisan dan kita yakin dapat merealisasikan objektif penubuhannya,” katanya.

habis.

 

 

Views:

357
Kongsi :
Previous post 122,606 premis berisiko wabak denggi diperiksa
Next post Belanjawan 2021 Negeri Melaka perlu perkasa peranan JPKK
Ubah saiz-+=