MELAKA HERITAGE TREASURE HUNT 2024 TAWAR HADIAH BERNILAI RM10,000

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 21 November – Melaka Heritage Treasure Hunt 2024 menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM10,000 bagi peserta yang menyertai acara itu pada 21 Disember depan.

Pengurus Besar Melaka World Heritage Sdn Bhd, Erne Hamsah berkata setakat ini pihaknya telah menerima penyertaan peserta bukan sahaja dari Negeri Melaka bahkan dari Terengganu, Selangor dan Johor.

“Penyertaan terbuka kepada semua dan tarikh tutup adalah pada 10 Disember depan, yuran penyertaan RM200 dan peserta akan diberikan baju T dan ‘goodies’.

“Objektif penganjuran adalah menarik minat golongan muda, orang berkeluarga dan masyarakat setempat untuk menghayati serta memupuk rasa cintakan warisan Melaka agar tidak luput ditelan zaman.

“Ini juga secara tidak langsung memupuk kesedaran terhadap orang Melaka mengenai pentingnya mengambil berat dan bersama menjaga kelestarian warisan Negeri Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp Image 2024 11 20 At 14.23.39
POSTER hebahan Melaka Heritage Treasure Hunt 2024.

Beliau yang juga Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memaklumkan, acara pelepasan peserta adalah di hadapan jam besar Bangunan Stadthuys, Banda Hilir pada jam 9 pagi.

“Bertemakan ‘warisan sepanjang zaman’ sudah tentu cabarannya juga melibatkan aktiviti-aktiviti warisan, setiap kumpulan perlu mempunyai empat ahli.

“Hadiah ditawarkan bagi tempat pertama wang tunai RM3,000 beserta sijil, tempat kedua RM2,000 beserta sijil, tempat ketiga RM1,500 beserta sijil dan tempat keempat hingga ke-10 wang tunai RM500 dan sijil,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

182
Kongsi :
Previous post PURBAWARA MUZIKAL: SULALAT’ US SALATIN – KEMAHARAJAAN MARITIM SELAT MELAKA 20- 22 DISEMBER INI
Next post SERAH TAPAK BLOK WANITA DAN KANAK-KANAK HOSPITAL MELAKA OKTOBER 2025
Ubah saiz-+=