MURID ASNAF, ANAK YATIM TERIMA SUMBANGAN PEMBUKAAN AKAUN SSPN PRIME

Masa Membaca:58 Saat

PAYA RUMPUT 21 November – Seramai 100 murid asnaf, fakir, miskin dan anak yatim dari Sekolah Kebangsaan Paya Rumput (SKPR) menerima sumbangan pembukaan akaun Simpan SSPN Prime bernilai RM10,000, baru-baru ini.

Simbolik penyampaian replika sumbangan itu telah disempurnakan Pengarah Negeri, Pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Melaka Mas Anisah Ayu Othman kepada Guru Besar SKPR Rozahiran Hamzah di Dewan Paya Rumput Excellent School (PRES).

Turut menyaksikan penyampaian sumbangan itu adalah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid AbzulNizam Omar; Guru Penolong Kanan Kokurikulum Jamilah Mohamad; Pengurus Cawangan PTPTN Ayer Keroh Siti Suhanafiah Soefjan Joenoes dan Pengurus Jualan PTPTN Ayer Keroh Nor Hidayu Kassim.

Menurut Mas Anisah Ayu, sumbangan tersebut merupakan Wakalah Zakat kepada pelajar dari keluarga asnaf, fakir, miskin dan anak yatim di sekolah berkenaan dengan sumbangan pembukaan akaun berjumlah RM100 kepada setiap pelajar.

“Semoga dengan pembukaan akaun ini dapat memberi galakan dan motivasi kepada anak-anak untuk membuat penabungan dari awal pendidikan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak dan menyebarluaskan manfaat Simpan SSPN Prime.

“Diharap langkah ini juga dapat membudayakan tabiat menabung dalam kalangan ibu bapa dan kanak-kanak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

70
Kongsi :
Previous post PDRM ANJUR MAJLIS MAKAN MALAM AMAL DI MITC, 28 DISEMBER DEPAN
Next post PURBAWARA MUZIKAL: SULALAT’ US SALATIN – KEMAHARAJAAN MARITIM SELAT MELAKA 20- 22 DISEMBER INI
Ubah saiz-+=