
PENGANGGUR DICEKUP, DISYAKI PECAH MASUK RUMAH GURU
JASIN 19 November – Seorang lelaki dicekup polis selepas dipercayai terbabit dalam kejadian pecah rumah di Taman Maju, di sini.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superitendan Ahmad Jamil Radzi berkata, suspek berusia 47 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.30 pagi tadi, di Taman Kelubi Idaman.
“Tangkapan dibuat susulan daripada laporan yang terima bersangkut kejadian pecah rumah seorang guru pada 27 Oktober lalu. Mangsa mendakwa kerugian sebanyak RM200 apabila wang tunai miliknya dilarikan.
“Tangkapan ini adalah berdasarkan kepada analisa terhadap sampel cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian. Kami turut merampas barangan seperti pemutar skru dan sebilah pisau lipat daripada suspek,” katanya.
Katanya, berdasarkan kepada semakan yang dilakukan suspek memiliki tujuh rekod jenayah lampau dan dua lagi membabitkan penyalahgunaan dadah.
Jelas Ahmad Jamil, perintah reman keatas suspek akan dibuat esok bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dijalankan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
IBU DAN ANAK CEMAS, JARI TERSEPIT RANTAI BASIKAL
MERLIMAU 12 April - Seorang ibu dan anak lelakinya berusia 6 tahun berdepan detik cemas apabila jari telunjuk mereka tersepit...
CURI MOTOSIKAL UNTUK BELI DADAH, TIGA SEKAWAN DICEKUP
BEMBAN 12 April - Hajat tiga sekawan untuk membeli dadah selepas mencuri sebuah motosikal Yamaha 125ZR tidak kesampaian apabila kesemua...
DATANG ‘OPEN HOUSE’ ASAHAN BAWA PULANG MOTOSIKAL
ASAHAN 12 April - Sebanyak empat buah motosikal sebagai hadiah cabutan bertuah menjadi antara tarikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan...
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan...
MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’
AYER KEROH 11 April - Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...