LEBIH 15,000 INDIVIDU BEKERJA SENDIRI DI MELAKA CARUM SKSPS

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BANDA HILIR 19 November – Seramai 15,741 orang telah berdaftar dan mencarum menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bagi tempoh Januari hingga September lalu.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, caruman itu dibuat oleh mereka yang bekerja dalam pelbagai sektor yang sedar berhubung manfaat SKSPS.

“Daripada angka itu sektor perkhidmatan sokongan merekodkan jumlah pencarum tertinggi iaitu seramai 6,016 orang, diikuti penjaja (2,194), pengangkutan penumpang (1,889) diikuti pengangkutan barangan dan makanan (1,563) serta makanan (1,256).

“Caruman ini penting bagi mereka yang tiada majikan dan bekerja sendiri, sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini manfaat caruman dapat membantu individu berkenaan serta waris,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya berkata demikian ketika ditemui pada Program Jalinan Mesra Perkeso Bersama Media Negeri Melaka, di Banda Hilir, semalam.

Hadir sama, Ketua Cawangan Komunikasi Strategik dan Penjenamaan Jenama dan Editorial Perkeso,
Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin serta Pengarah Perkeso Melaka, Nur Mohammad Bakhtiar Mohamad  Akhir.

Menurut Hee Sem, bagi menghargai sumbangan media di negeri ini, beliau tampil menaja dengan membuat caruman SKSPS untuk 21 pengamal media sambilan dan kontrak.

“Ini adalah tahun ketiga saya menaja pengamal media berstatus sambilan dengan membuat caruman SKSPS untuk mereka.

“Menyedari risiko yang perlu mereka hadapi ketika bertugas jadi penting buat petugas media ini mencarum SKSPS,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

45
Kongsi :
Previous post LURUAN MONSUN: HUJAN LEBAT BERTERUSAN DIJANGKA HINGGA HUJUNG NOVEMBER
Next post MEDIA BANTU SEBARKAN FUNGSI, PERANAN APM
Ubah saiz-+=