MPAG PERKEMAS SISTEM PENGURUSAN, PENYIMPANAN FAIL

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

ALOR GAJAH 19 November – Sistem pengurusan dan penyimpanan fail dalam pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah penting bagi memastikan segala tindakan dijalankan teratur serta efisien.

Justeru itu pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengambil inisiatif mengadakan lawatan sambil belajar ke Arkib Negara Malaysia baru-baru ini.

Yang Dipertua MPAG, TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, lawatan itu bagi bertujuan mendapatkan pendedahan awal mengenai sistem pengurusan rekod dan registri memandangkan pihaknya kini dalam tindakan pembangunan Manual Klasifikasi Fail.

“Proses penyediaan dan penyusunan satu dokumen atau panduan yang bertujuan mengklasifikasikan serta mengatur fail atau dokumen mengikut kategori tertentu dalam sesebuah organisasi sangat penting.

“Klasifikasi fail yang dibangunkan akan menjadi rujukan dan panduan secara berpusat bagi mewujudkan penggunaan fail lebih cekap, berkesan serta sebagai persiapan ke arah penggunaan sistem fail berkomputer.

“Pada 15 hingga 17 Mei 2024 yang lalu, MPAG telah mengorak langkah dengan mengadakan Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail (KF) atas khidmat nasihat daripada Arkib Negara Malaysia, Cawangan Melaka,” katanya.

Terdahulu pada lawatan itu para delegasi MPAG dibawa melawat Seksyen Pengurusan Rekod dan Registri, Seksyen Rujukan dan Akses, Pameran Warisan Eksklusif Arkib Negara dan Seksyen Pemuliharaan dan Repografi yang menempatkan penyimpanan.

Selain kawalan pergerakan fail dan sistem fail, pemuliharaan bahan yang menunjukkan kaedah tatacara pemuliharaan rekod dan rujukan akses iaitu penyimpanan atau penjagaan bahan-bahan rujukan khazanah negara.

Lawatan berkenaan disambut oleh Pegawai Arkib Negara Malaysia, Shazana Ismail.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

43
Kongsi :
Previous post POLIS TUMPASKAN DUA CUBAAN SELUDUP KOSMETIK BUATAN THAILAND
Next post KPM SIASAT PELAJAR THAILAND RENTAS SUNGAI GOLOK BERSEKOLAH DI MALAYSIA
Ubah saiz-+=