
‘JADI EXCO KESIHATAN SATU CABARAN’
AYER KEROH 20 November – Tidak pernah berada dalam bidang kesihatan mahupun bergelar doktor bukan penghalang untuk seorang pemimpin menggalas amanah dan tanggungjawab diberikan.
Itu antara cabaran dihadapi Datuk Ngwe Hee Sem apabila beliau diberikan tanggungjawab sebagai Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri.
Menurutnya, meskipun tidak mempunyai pengalaman luas dalam bidang kesihatan atau perubatan namun tanggungjawab itu digalas dengan penuh rasa amanah.
“Saya bermula daripada kosong kerana saya bukan seorang doktor, asas saya adalah belajar menjadi ahli perniagaan dan bahagian pentadbiran sahaja.
“Sebelum menjadi exco saya lakukan pelbagai kerja, berniaga sendiri, hantar barang ayah saya yang ketika itu membuka kilang papan dan banyak lagi.
“Tapi apabila jadi exco kesihatan, ia satu cabaran, saya perlu terima kerana ini adalah tanggungjawab yang Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh KM sudah berikan,” katanya dalam Podcast Mana Lagi? Melaka Ler! di Studio Melaka TV.
Katanya, jika dapat membantu dan menyelesaikan masalah rakyat juga merupakan satu kepuasan untuk dirinya.
“Sejak muda lagi memang saya suka membantu orang lain, apabila dapat bantu orang ia adalah satu kepuasan dan kegembiraan kepada saya,” katanya..
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IBU DAN ANAK CEMAS, JARI TERSEPIT RANTAI BASIKAL
MERLIMAU 12 April - Seorang ibu dan anak lelakinya berusia 6 tahun berdepan detik cemas apabila jari telunjuk mereka tersepit...
CURI MOTOSIKAL UNTUK BELI DADAH, TIGA SEKAWAN DICEKUP
BEMBAN 12 April - Hajat tiga sekawan untuk membeli dadah selepas mencuri sebuah motosikal Yamaha 125ZR tidak kesampaian apabila kesemua...
DATANG ‘OPEN HOUSE’ ASAHAN BAWA PULANG MOTOSIKAL
ASAHAN 12 April - Sebanyak empat buah motosikal sebagai hadiah cabutan bertuah menjadi antara tarikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan...
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan...
MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’
AYER KEROH 11 April - Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...