WARGA EMAS HILANG DI SUNGAI PENGKALAN DITEMUKAN LEMAS

Masa Membaca:55 Saat

ALOR GAJAH 18 November – Warga emas yang dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Pengkalan, di sini, awal pagi semalam, ditemui lemas.

Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Tc. Zulkhairani Ramli berkata, jasad Mokthar Othman, 61, ditemui, pada jam 2.25 petang kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa dipercayai tergelincir.

Katanya, penemuan mayat mangsa adalah berdasarkan kepada maklumat daripada orang awam yang memaklumkan melihat objek terapung warna putih di sungai berkenaan.

“Pasukan bomba kemudian ke lokasi dimaksudkan dan selepas pemeriksaan kami mendapati objek terapung itu adalah mayat mangsa yang masih lengkap berpakaian.

“Terdahulu pada jam 12.30 tengah hari Unit Anjing Pengesan (K9) mendapati ada tanda kewujudan jasad manusia di kawasan berhampiran, kemudian barulah kami menerima maklumat mengenai penemuan mayat mangsa daripada orang awam,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke pos kawalan sebelum diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

“Gerakan SAR membabitkan 56 pegawai dan anggota pelbagai agensi seperti JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

477
Kongsi :
Previous post 11 DITAHAN DALAM SERBUAN STOR KETUM DAN UBAT BATUK
Next post 150 SYARIKAT GUNAKAN APLIKASI IWORKSYOP
Ubah saiz-+=