DOA IBU BAPA, GURU PELENGKAP IKHTIAR GAPAI KECEMERLANGAN – KM

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

TANJUNG BIDARA 15 November – Doa ibu bapa dan guru dianggap sebagai pelengkap kepada segala usaha bagi setiap anak-anak yang memburu kecemerlangan dalam bidang akademik, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Berikutan itu beliau, berpesan kepada murid dan pelajar agar tidak sesekali melupakan pengorbanan ibu bapa serta guru-guru yang sentiasa mahu melihat mereka berjaya dalam kehidupan.

“Semoga dengan iringan doa yang tidak pernah putus daripada mereka akan memberkati usaha, sekali gus mempermudah segala ikhtiar untuk mencipta kecemerlangan.

“Teruskan bertekad dan beriltizam bahawa anak-anak boleh mencapai kejayaan yang membanggakan seiring dengan usaha yang telah dicurahkan.

“Percayalah, usaha yang berterusan tidak akan pernah mengkhianati hasilnya. Saya percaya, anak-anak semua mempunyai potensi dan semangat juang yang tinggi untuk memburu sesebuah kemanisan kejayaan yang cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program Motivasi Pecutan Akhir Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara 2024 di Villa D’Acqua, Masjid Tanah, hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mustafa Musa dan Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) Abdul Aziz Baba.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata, semua calon SPM dan UPKK perlu memanfaatkan ruang masa dan peluang yang ada dengan sebaik mungkin untuk mengulang kaji pelajaran.

“Pasakkan dalam minda bahawa ‘saya akan cemerlang’, dalam tidak sedar, hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi akan bermulanya peperiksaan SPM 2024,” Katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

80
Kongsi :
Previous post KETUA MENTERI SANTUNI CALON UPKK DAN SPM DUN TANJUNG BIDARA
Next post SEMANGAT SETIA KAWAN ANTARA KAUM AKAN TERUS DIPERKUKUH
Ubah saiz-+=