MPAG TINGKAT KECEKAPAN PENGURUSAN PERBANDARAN

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

ALOR GAJAH 16 November – Delegasi Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengadakan lawatan ke Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor dalam usaha berterusan untuk meningkatkan lagi kecekapan pengurusan perbandaran, pembangunan bandar mampan dan pintar.

Yang Dipertua MPAG, TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata input diperoleh sepanjang lawatan sambil belajar itu amat berguna sebagai panduan dalam memperkasa Alor Gajah sebagai bandar yang lebih maju dan efisien.

“Pada lawatan berlangsung baru-baru ini, kami berpeluang untuk melihat secara lebih dekat amalan dilaksanakan MBSA dalam menguruskan Bandaraya Shah Alam.

“Lawatan ini secara tidak langsung memupuk kerjasama lebih erat antara kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), diharap ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan dalam memperbaiki dan mempertingkatkan perkhidmatan kami kepada masyarakat di Alor Gajah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

TPr. Siffudin berkata, lawatan itu juga adalah sebahagian daripada program pembelajaran dan penanda aras bagi Jawatankuasa Bandar Mampan & Pintar serta Jawatankuasa Bandar Selamat MPAG.

Terdahulu pada lawatan itu delegasi MPAG disambut Timbalan Setiausaha Pembangunan merangkap Pengarah Perancangan MBSA, TPr. Aniza Osman.

Seterusnya delegasi MPAG mengadakan lawatan ke Syarikat Life Line Clothing Malaysia Sdn Bhd (LLC) bagi meninjau proses kitar semula, pengurusan sisa dan inisiatif perniagaan hijau.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

46
Kongsi :
Previous post SEMANGAT SETIA KAWAN ANTARA KAUM AKAN TERUS DIPERKUKUH
Next post MCORP SEDIA JAYAKAN WTD 2025
Ubah saiz-+=