TANDAS AWAM ELEGAN DI WATERFRONT JASIN

Masa Membaca:57 Saat

JASIN 15 November – Tandas Awam (BMW) Selera Waterfront Bandar Jasin kini berwajah baharu berkonsepkan warna hitam dan keemasan selepas dinaik taraf Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Yang Dipertua MPJ, Mohd Shaiful Hizam Johan berkata, usaha menaik taraf tandas awam berkenaan adalah untuk memberikan imej baharu yang lebih ceria selain menambah keselesaan kepada pengguna.

“Kerja-kerja menaik taraf tandas ini bermula Julai lalu dan siap sepenuhnya pada Oktober 2024 yang lalu.

“Kos menaik taraf tandas ini adalah berjumlah RM100,000, di mana peruntukkannya adalah daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Alhamdulillah selepas ini orang ramai boleh menggunakan tandas awam ini dalam keadaan lebih selesa, kita turut menyediakan kipas angin di dalam tandas ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp Image 2024 11 14 At 13.48.58
ANTARA perubahan yang dilakukan dalam tandas tersebut.

Mengulas lanjut, beliau berkata MPJ juga dalam usaha untuk memastikan setiap tandas awam di kawasan pentadbirannya berada dalam keadaan baik.

“MPJ komited dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik demi keselesaan penduduk khususnya di daerah Jasin.

“Justeru itu, diharapkan agar kemudahan yang disediakan dapat dihargai dan digunakan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

93
Kongsi :
Previous post MELAKA SEDIA PLATFORM BERGAMBAR UNTUK KENANGAN RXZ MEMBERS
Next post NAIKKAN ARAS JALAN ATASI BANJIR KILAT DI LEBUH AYER KEROH
Ubah saiz-+=